Showing posts with label Tips itu ini. Show all posts
Showing posts with label Tips itu ini. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

kenali Insomnia





Untuk pengatahuan korang aku mula tak tidur malam sejak aku darjah 6 lagi. masa tu nak UPSR, jadi aku stay up malam untuk study sampai pagi tapi peliknya aku jarang penat bila siangnya.tabiat ni aku teruskan bila aku menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. mungkin masa tu aku selalu rase paranoid dan takut kalau2 aku tak cukup study lagi.bila pergi sekolah je mata aku sembab dan semua org tengok aku tak bermaya sedangkan aku tak rase pape.selepas je hbs SPM aku ditawar belajar di Uitm dalam bidang Graphic Design lagi la aku susah nak tidur memandangkan tuntutan kerja yang memaksa aku berhadapan dengan screen laptop dengan lebih lama.

sekarang aku dah rase kesannya.
aku susah tidur,mata aku makin kabur,leher aku selalu kekejangan,aku makin pelupa dan yg paling teruk aku cepat rase depress atau bahasa mudahnya 'emo'.
aku yakin sgt korang pun pernah alami symptom mcm aku ni kan?
korang tahu tak,kurang tidur boleh memendekkan nyawa korg??
SERIOUSLY,
Insomnia menyebabkan korang mati 10% lagi awal dari manusia yg pola tidurnya sempurna.
oke,dont have to worry people. sebelum kita cari penawar bagi sesuatu penyakit,kita mesti tahu tentang penyakit tersebut.


Apa itu Insomnia?
Insomnia adalah sejenis penyakit ganguan tidur yg tidak normal atau menhadapi masalah untuk tidur.

Siapa yang menghadapi penyakit Insomnia?
sesiapa sahaja tak kira umur dan latar belakang keluarga mahupun kerjaya.

Anda menghadapi Insomnia,apabila...
1. Susah untuk MULA tidur. (symptom awal Insomnia)
2. MUDAH tidur tapi bila terjaga susah nak tidur balik (symptom kronik Insomnia)
3. MUDAH tidur,tapi setiap satu jam korang akan terjaga (symptom fragmented sleep)

kenapa Insomnia bahaya?
1. Menyebabkan migrain (sakit kepala yang kronik)
2. Menyebabkan ganguan emosi yang tak menentu (masalah psikatri)
2. Menyebabkan Skizofrenia
3. Pelupa walaupun mengingati benda2 mudah.
4. Boleh menyebabkan serangan jantung yg mengejut dan boleh membawa maut(tempoh lama)

Penyebab penyakit Insomnia
1. Masalah kemurunagan,sering berasa paranoid terhadap sekeliling.
2. Hypertension, rasa gusar,byk berfikir tentang masalah sebelum tidur.
3.Sejarah penyakit individu dan keluarga.
4. Tempat tidur yang tak selesa (bising,byk cahaya atau terlalu panas atau sejuk)
5. Masalah kesihatan lain yg mungkin disebabkan pengambilan ubat atas nasihat doktor.

Macam mana untuk pulih dari Insomnia?
1.Elakkan tidur siang yang lama. seelok2nya tidur tak lebih dari 2jam pada pukul 2 keatas.
2.Banyakan minum air kosong sebelum dan selepas tidur.
3. Jangan makan makanan berat dan tahap gula yang tinggi.
4. kurangkan pengmbilan kafien(kopi,nescafe) jika tak perlu.
5. Jangan atau kurangkan pengmbilan alkohol dan isap rokok.
6. Tangani stress dengan bijak.
7. Tarik nafas dalam2,dan hembus perlahaan. pastikan pernafasan dalam keadaan normal sebelum tidur.
8. Belajar untuk bertenang.
9. Makan makanan seimbang khususnya serat2.
10.Sedikit exercise sebelum tidur.
11. Jika korang seorang yang sangat gemarkan kopi sila kurangkan kadar kafien nya dgn mencampurkan   dgn  creamer.


Jadi harap korang fhm serba sedikit pasal insomnia ni.seperti yang mak aku sering ingatkan,
"Dik,Allah dah jadikan malam untuk berehat dan dekat dengannya,siang untuk bekerja.ikutlah  lumrah alam." 
kadang2 bila fikir balik memang betul apa yang mak cakap.Hidup ni kenalah ikut apa peraturannya.
kalau malam tu dijadikan untuk berehat,so rehatlah sebaiknya.kalau siang tu dijadikan untuk berkerja,so keluarlah cari rezeki yang halal. Allah dah siapkan tempat yg terbaik untuk kite hidup didalamnya.cuma kita je yang tak pandai guna.

umm.
dalam kes aku ni,mungkin tak boleh.
yela,satu assignment pun berjam2 nak siap.
eh silap,aku yg tak pandai manage masa. hehehe.
ye,ye apa mak cakap tu betul..

adios,




Wednesday, March 2, 2011

cara menjaga hamster dengan jayanya.

hye guys.
hari ni aku nak bg tips sikit macam mana nak menjaga hamster dengan jayanya.
oke.aku sebenarnya ade byk pengalaman dalam menjaga hamster ni.
sebabnya dari aku part two lg aku da start bela hamster yang aku beli kat pasar malam (ala murah je harga student)hehe.
yang kacak lg bergaya aku namakan dia MOON.yg si cantik manis namanya MISAKI dan yg paling hot dan disukai ramai namanya EVE.
ketiga2 mereka adalah keturunan syrian hamster which is yg paling jinak diantara baka2 yang lain.
MOON sekarang masih disisi aku,tp EVE dan MISAKI dah lama mati atas sebab2 tertentu.
aku rinduuu sgt2 dengan dorang especially EVE sebab dy tersangat lah lincah and selalu buat aksi2 yang ternyata hebat untuk dibayangkan.
well.since rase kehilangan itu sesuatu yang pahit untuk dikenang aku harap sangat bagi korang yang betul2 sayangkan hamster jage la mereka dengan sebaik yang mungkin. dibawah ni aku ade selitkan beberapa tips yang sgt berguna untuk korang yang baru mula2 nak bela hamster atau pun dah bela cuma kurang info penting tentang makhluk yang aku rase sgt cantik ni. 
oke.here we go;

apa nak buat mula2 beli hamster?

  1. firstly sangkar: kalo korang bela hamster dari baka syrian,adalah penting utk korg beli sangkar yang cukup besar untuk dorang. since dorang ni boleh membesar seperti saiz tikus2 kat rumah korang (gurau je) dorang mmg perlukan saiz rumah yang agak besar untuk bermain. tapi kalo hamster korang jenis Roborovski tak payah besar2 pun takpe.sebabnya dorang ni mmg susah nak membesar,mmg kecik tuu jela.
  2. secondly,bedding: bedding ni maknnya tempat tidur lah. aku sarankan korang beli serbuk kayu yang lembut sikit dan kurang berbau.sebab kadang2 hamster boleh dapat penyakit disebabkan bedding yang tak sesuai.contohnya sakit mata.(kena habuk kayu tuu)
  3. thirdly,makanan: haa. ni agak penting. sebab kalau korang tak bagi makan kang mati plak hamster tu kann?oke. kat bawah ni ada beberapa tips untuk menjaga diet dan nutrisi hamster korang (ceyhh..)
  • seeloknya bagi makan dari packet2 makanan yang dijual kat petshop tuu.lg bagus sebab selalunya makanan palet ni da cukup zat dan nutrisinya.
  • semua org ingt hamster suka makan kuaci. tp seeloknya kurangkan lah bg dalam seminggu tu dua tiga kali dah cukup sebab takut dia obesiti.
  • ni org cakap laa,ade yg kate hamster tak boleh makan cokelet tapi selama ni aku bg hamster aku makan cadburry happy je aku tgok dorang tuhh. hehehe
  • air pun penting,pastikan botol dia sentiasa bersih dari kuman.kalau teringin nak bg susu bg je,tapi jangan bagi susu berfomula la,susu diet la.sebab susu jenis ni direka khas untuk manusia je.tak sesuai untuk makhluk lain.nak selamat bg soya je.murah pn murahh.heheh
  • korang pun jangan selalu sgt bg makan sayur hijau sebab ni akan menggangu penghadaman dia.elakkan dari bg makan makanan yang basah.
  • selalu la bersihkan tempat makan dorang, sebab kadang2 kita tak perasan mane tau ade semut ke datang nanti hamster korang tergaru2 sana sini.
      4. oke ni plak tips bagi korang yang baru je beli hamster tapi tak tahu nak pegang macam mane.
  • bagi yang tak biasa pegang hamster korang boleh mula dari usap2 atas kepala dia. (amik feel je..) bagi dorang biasa dengan bau korang,then barulah dorang tak rase korang ni satu ancaman kat dorang.
  • kalau korang tak nak kena gigit dengan hamster, korang boleh mula pegang dari atas badan dorang dan gengam kuat sikit so dorang tak boleh melompat. 
  • selalu2 lah usap bulu dorang,nanti lama2 dorang rase selesa dengan kita.
  • kalau time tangan korang ade bau makanan tak payah lah gatal2 dekat dengan dorang sbb hamster ni sensitif dengan bau.nanti dia bau tangan korang cam best je,sekali dia ngapp! habislah korang. hahah.
  • kalo korang tiba2 rase nak mandikan dorang,baik tak payah sebab takut hamster korang kena selesema plak.sebab hamster ni  tak suka dengan kelembapan.tp kalau ade kes2 tertentu nak gak mandikan dorang,pastikan korang elakkan dari kepala dorang terkena air,dan cepat2 lah keringkan dengan tuala. (p/s: tolong lah jangan guna hair dryer!)
      5. last but not least,kebersihan: mungkin korang tak tahu sebenarnya hamster sangat menjaga kebersihan   sangkar.bagi baka syrian aku suggest kan korang bersihkan 3 hari sekali,tp untuk jenis Roborovski seminggu sekali pun takpe sbb dorang ni tak berapa kuat buang air sangat.

so hopefully dengan sedikit tips ringkas ni boleh la bantu korang untuk membela hamster.
bg yang belum dan rase teringin nak bela hamster aku sarankan fikir betul2, pasti dan yakin yg korang boleh jage hamster tu dengan baik.
ingat,bila korang dah buat keputusan untuk membela maknanya korang dah sedia memikul amanah untuk menjaga kebajikan makhluk ciptaan Allah tuu.
they're not just an animal but a creature. 
for those yang nak tanye tentang isu berkenaan, jangan malu boleh tanye aku bila2 masa.
oke sampai sini.
see you on the next post.
adios amigos. =)