Showing posts with label tempat hebat untuk kenyang. Show all posts
Showing posts with label tempat hebat untuk kenyang. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

The Best Mamak Ever!!

aku percaya mesti ade sesetangah dari korang suka lepak kat mamak kan?
asal nak lepak je mesti nak lepak mamak.kenapa?
maybe sebab service dy tip top kot?tak pun kalau kita lepak mamak sampai pg pon takde sape nak marah.
bg aku and family kitorang memang hantu mamak.
pernah dulu sambut birthday aku pon kat mamak,pe citer?hahaha
kitorang memang banyak list kedai mamak sekitar gombak ngan selayang yg memang best2,tapi seriously tak boleh lawan kedai mamak yg satu ni.sbb makanan dy memang banyak,sedap and paling penting service dy tip top!
tak bole challenge dgn kedai apa2 pun kat Malaysia ni.
bayangkan la korang baru nak panas bontot dah sampai air,kalau makanan jgn cakap la.
kalau korang pandai,try la bodek2 uncle kat situ mesti dapat special treat punya!

di hadapan kedai mamak Deen di siang harinya-takde thrill. hehe

lihat lauk2nye yang mengiurkan dan ayam tersebut dijamin sentiasa
panas.kalau tak panas suruh je uncle tu masuk dalam microwave.hoho

A.Y.A.M dari jarak dekat..hehehe

bahagian roti canai dan capati yg sedaaap....

hoho..sedap kan nampak..tu la yg aku minat lepak mamak ni,semua makanan dy panas2
kalau hujan2 sejuk, bestnye la hai.
oke korang kalo nak lepak sini korang g la gombak. kat medan idaman and berdekatan dengan Ong Tai Kim..ala tanye la mak korang mesti tau punye sbb selalu shopping beli brang dapur kat sane.
okebaii.

pemetaan - Good luck fellas.









Tuesday, October 4, 2011

Chicken Chop at Bukit Cheras (western cafe)

tak silap aku dari aku kecik lagi aku selalu gak datang ke restaurant chicken chop yag terletak di
Bukit Cheras ni. Dulu sampai la sekarang makcu aku rajin sgt2 bawak kitorang makan sini. Family makcu aku jangan cakap la,da macam mcm makanan raji dorang pulak, sebabnya anak2 dia ni semua tak reti makan nasi,
patut la keding.

so,ape yang best nye restaurant ni iyelah,chicken chop nye sangat awesome.
sangat fresh dan tak hanyir. dan yg paling penting black pepper sauce dia adalah yg terbaik dan aku selalu buat ia menjadi soup nasi ayam. haha.
selain itu tak silap aku restaurant ni pernah menjadi location 'Jalan-jalan cari makan'
so bg aku da bagus sangat-sangat la tu,perfecto ye kawan2..hehe


Haa nampak tak replika 'jalan2 cari makan tu?'

ni adalah favorite aku iaitu Grilled Chicken with Black Pepper Sauce 

aku suggestkan korang order la grilled chicken atau pun beef steak dy,
mmg sedap wooo..kalau nak try pegilah kat bukit cheras kedai dy tepi jalan je. dekat dgn shop lot. and kalau tak silap kedai tu berhampiran dengan shell.ala kalo sesat korang tanye je orang2 kat situ dorang mesti tahu punye.
selamat mencuba! 

p/s : kalau korang bawak member yg tak makan western food jangan gatal pegi kedai ni,nasi goreng kampung memang takde la brader!


Scrummy Restaurant

kalau korang pernah jalan-jalan kat Rivercity jalan ipoh,
mesti korang pernah terserempak dengan restaurant Scrummy ni kan?
ala restauran yang funky gila warna pink2 tu la..
kalau korang Google nama Scrummy sampai tua memang takkan dapat maksud dy,
tapi mungkin aku bole simpulkan, 

SCRUMMY = scrumptious + yummy 
nama pun macam dah sedap kan?
aku pernah makan kat sini sekali dengan member baik aku.
kitorang memang suka gila cari tempat best untuk makan,walaupun mahal tp berbaloi,so why not?
restaurant ni bg aku design dy oke cumanya meja dy terlalu besar sampai tak cukup menampung org ramai time lunch hour. 


Scrummy Restaurant at River City jalan ipoh.

the interior design of Scrummy Restaurant. pinky,clean and funky.

ni la member aku fatihah,time ni aku order fettuccine carbonara
dy tukang rase je.(sgt sedap oke?)

actually aku pon tak sure restaurant ni konsep makanan dia ape,
tapi setakat yg aku tahu dia adalah restaurant fusion italian,western and some thais.(tp ada nasi lemak?)
kalau korang minat makan fusion food, dont feel hesitate to give a try.
Scrummy Restaurant, River City Ipoh Street.


 p/s: hiraukan kegemukan kami,ianya aset kamu tahu?





Restaurant Full House -Perfect Place for Kpop Fans!

Last few weeks masa aku keluar dgn member aku kitorang decide nak hangout kat Wangsa Walk yg terletak tak la jauh dari rumah aku. lepas jalan2 tu perut lapar mula la gagau nk cari tempat best nak makan. pikir punye pikir tiba-tiba budak2 ni (peminat setia kpop) tersebut nama Restaurant Full House!
what have to say?
the restaurant is fucking awesome!
dgn design luar dalam,makanan,finishing,menu,merchandise dn macam2 lagi la.
bila masuk je restauant ni perasaan berbelah bagi,mcm white house pon ade,mcm Korean cafe pun ye,
tp walau ape pun restaurant tu aku akan cakap PERFECT if the food is good.
and as for me,it is little bit less than perfect.


yg ni patung konon mascot bg restaurant ni la lebih kurang.
cutie!

kalau korang perasan mug dia macam jag and tak rase ke straw
dy cool gile ?

bersama rakan kelas yg kelaparan.

Carbonara yg sedap gile,tapi sape yg tak suke creamy
food,sila order makanan lain. hehe


interior design dalam restaurant Full House.All white,
best je layan mata sambil makan.

so korang tunggu ape lagi?bawa la family kawan2 datang Restaurant Full House ni.sgt menenangkan bila makan dalam restaurant yg cantik ni..tapi jgn lupa bwk camera,boleh snap2 ape2 yg cantik kat situ. owh, lupa Fullhouse juga ada jual mcm2 merchandise yg lawa and clothes yg ala korean style. Kpop gitu.
kalau korang nak tahu lebih lanjut g lepak kat website link kat bawah.

adios.

or tanye pakcik Google.

Tuesday, March 1, 2011

Sibaraku? apakah?

oke guys. korang mesti nak tahu kan ape benda la sibaraku yang aku dok merepak ni kann?actually Sibaraku nih adelah restaurant fusion Korean, Taiwan dan Jepun. so, makanan yang ade kat sini semua hasil gabungan makanan tradisi dari 3 negara yang aku mentioned td tuhh. oke sumpah makanan kat sini sedap gila (tp bg golongan yang suke makan ala2 winter sonata lahh kan?) oke tp takpe. pada sape yang memang minat makanan tradisi Jepun dengan korea, contoh paling mudah sushi ke, ramen ke takoyaki ke dan macam2 lg, korg boleh la singgah makan kat tempat yang syok tak hingat ni. korang tak payah susah nak pikir nak makan ape, sebab selain makanan dia disediakan secara buffet (eat all u can!!) dorg gak ade provide chef2 yang hebat untuk masak teppanyaki untuk korang. order je ape2 yang pun korang nak, dua tiga kali sampai perut meletup pon bole. no problem! ade sayur, ikan dori (ni memang sedap!) daging, ayam, dan macam2 lagi yang korang tak kan dapat kat restaurant lain. huhu~

chef tersebut akan tergedik2 depan korg dan dengan lemah gemalainye akan tanye korang nak makan ape,pastu sepantas kilat dorg akan masak betul2 depan mata korg. so kalo korg saje2 nak suruh dia tambah garam sikit ke boleh la buat time nihh (tp jgn lah,aku pon tak buat!haha) kalau nak pegi senang je, dari alor gajah korang straight je pegi ke Mahkota Parade. (kalau sesat halo2 gua) tp sape yang dok KL ke ape sumpah aku tak tahu ade ke takk. hahah. oke, kat bawah ni aku ade selitkan gambar2 aku dengan member time makan kat Sibaraku awal2 sem (maknanya time ni duit byk lg.heheh).




oke kawan2 ni la teppanyaki yang aku ckp td tuhh. nampak sedap kan?kann?


 ni plak makanan peberet aku. nama dy encik bola2 ataupun takoyaki. heheh.


haa. ni plak tempat desert dorg. banyak gile cake, cookies, puding yang sedap tak hingat. yang comel2 tu bkn aku tp 
housemate aku. hehe


yang ni plak cake choc+strawbery ckit+vanila ckit. ngee~

rase memang nak upload byk lagi gambar mkn kat Sibaraku tp broadband aku ni lembab tahap superb! haha.
tp takpe. aku upload ag next time dengan gambar yang lebih byk dan menyelerakan lg. (view in HD) hehe. anyway, korg pon boleh la melawat blog housemate aku, Lisa namanya untuk view gambar2 kat sibaraku ni lagi oke?http://applemochacino.blogspot.com

any info untuk Sibaraku boleh cakap direct je dengan aku jgn malu2!

p/s : tiba2 rase cam blog jalan2 cari makan plak. =)