Tuesday, October 4, 2011

kenali Insomnia





Untuk pengatahuan korang aku mula tak tidur malam sejak aku darjah 6 lagi. masa tu nak UPSR, jadi aku stay up malam untuk study sampai pagi tapi peliknya aku jarang penat bila siangnya.tabiat ni aku teruskan bila aku menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. mungkin masa tu aku selalu rase paranoid dan takut kalau2 aku tak cukup study lagi.bila pergi sekolah je mata aku sembab dan semua org tengok aku tak bermaya sedangkan aku tak rase pape.selepas je hbs SPM aku ditawar belajar di Uitm dalam bidang Graphic Design lagi la aku susah nak tidur memandangkan tuntutan kerja yang memaksa aku berhadapan dengan screen laptop dengan lebih lama.

sekarang aku dah rase kesannya.
aku susah tidur,mata aku makin kabur,leher aku selalu kekejangan,aku makin pelupa dan yg paling teruk aku cepat rase depress atau bahasa mudahnya 'emo'.
aku yakin sgt korang pun pernah alami symptom mcm aku ni kan?
korang tahu tak,kurang tidur boleh memendekkan nyawa korg??
SERIOUSLY,
Insomnia menyebabkan korang mati 10% lagi awal dari manusia yg pola tidurnya sempurna.
oke,dont have to worry people. sebelum kita cari penawar bagi sesuatu penyakit,kita mesti tahu tentang penyakit tersebut.


Apa itu Insomnia?
Insomnia adalah sejenis penyakit ganguan tidur yg tidak normal atau menhadapi masalah untuk tidur.

Siapa yang menghadapi penyakit Insomnia?
sesiapa sahaja tak kira umur dan latar belakang keluarga mahupun kerjaya.

Anda menghadapi Insomnia,apabila...
1. Susah untuk MULA tidur. (symptom awal Insomnia)
2. MUDAH tidur tapi bila terjaga susah nak tidur balik (symptom kronik Insomnia)
3. MUDAH tidur,tapi setiap satu jam korang akan terjaga (symptom fragmented sleep)

kenapa Insomnia bahaya?
1. Menyebabkan migrain (sakit kepala yang kronik)
2. Menyebabkan ganguan emosi yang tak menentu (masalah psikatri)
2. Menyebabkan Skizofrenia
3. Pelupa walaupun mengingati benda2 mudah.
4. Boleh menyebabkan serangan jantung yg mengejut dan boleh membawa maut(tempoh lama)

Penyebab penyakit Insomnia
1. Masalah kemurunagan,sering berasa paranoid terhadap sekeliling.
2. Hypertension, rasa gusar,byk berfikir tentang masalah sebelum tidur.
3.Sejarah penyakit individu dan keluarga.
4. Tempat tidur yang tak selesa (bising,byk cahaya atau terlalu panas atau sejuk)
5. Masalah kesihatan lain yg mungkin disebabkan pengambilan ubat atas nasihat doktor.

Macam mana untuk pulih dari Insomnia?
1.Elakkan tidur siang yang lama. seelok2nya tidur tak lebih dari 2jam pada pukul 2 keatas.
2.Banyakan minum air kosong sebelum dan selepas tidur.
3. Jangan makan makanan berat dan tahap gula yang tinggi.
4. kurangkan pengmbilan kafien(kopi,nescafe) jika tak perlu.
5. Jangan atau kurangkan pengmbilan alkohol dan isap rokok.
6. Tangani stress dengan bijak.
7. Tarik nafas dalam2,dan hembus perlahaan. pastikan pernafasan dalam keadaan normal sebelum tidur.
8. Belajar untuk bertenang.
9. Makan makanan seimbang khususnya serat2.
10.Sedikit exercise sebelum tidur.
11. Jika korang seorang yang sangat gemarkan kopi sila kurangkan kadar kafien nya dgn mencampurkan   dgn  creamer.


Jadi harap korang fhm serba sedikit pasal insomnia ni.seperti yang mak aku sering ingatkan,
"Dik,Allah dah jadikan malam untuk berehat dan dekat dengannya,siang untuk bekerja.ikutlah  lumrah alam." 
kadang2 bila fikir balik memang betul apa yang mak cakap.Hidup ni kenalah ikut apa peraturannya.
kalau malam tu dijadikan untuk berehat,so rehatlah sebaiknya.kalau siang tu dijadikan untuk berkerja,so keluarlah cari rezeki yang halal. Allah dah siapkan tempat yg terbaik untuk kite hidup didalamnya.cuma kita je yang tak pandai guna.

umm.
dalam kes aku ni,mungkin tak boleh.
yela,satu assignment pun berjam2 nak siap.
eh silap,aku yg tak pandai manage masa. hehehe.
ye,ye apa mak cakap tu betul..

adios,




No comments:

Post a Comment