Sunday, December 4, 2011

Goodbye Moon!


you've been there when i am all alone,
in pain,
and when everything is going wrong.
now i know,this is the right time to let you go.
dont cry because all the pain is over,
and please smile because you are going to Heaven.

I'm always remember you and loves you.
so long my dear friend.


R.I.P  Moon (july 2009-disember 2011)

Tuesday, November 1, 2011




this is our second anniversary,
but it seems like i love you for many years.
and i will never stop loving you till the end of my life..
happy anniversary.

Wednesday, October 26, 2011

sabar

aku tak lagi membentak
menumbuk pun tidak
tapi aku tahu ada sesuatu perlu aku bayar
sabar..

aku pendam jauh2 dalam hati
selamlah dalam mana pun tak akan jumpa
ku semat erat2 dalam peti
kuncinya pula aku campak entah kemana

sengaja aku buat2 lupa
harapnya terubat segala duka
sengaja aku buat2 buta
biar matanya yang tercelik jua

aku tak lagi membentak
menumbuk pun tidak
tapi aku tahu ada sesuatu perlu aku bayar
sabar..


Tuesday, October 25, 2011

tak peduli

semua orang kata aku bodoh
sebab bila aku bercinta aku cepat lupa
semua kata aku ni tolol
sebab bila aku bercinta aku alpa
semua kata aku ni buta
sebab bila aku bercinta aku tak nampak apa
semua kata aku ni bukan berada
tapi dengan kau,aku bahagia aku kaya

aku tak peduli orang nak kata apa
asal mereka bahagia
biarlah orang mencerca
memaki pun tak apa
hinalah sepuasnya aku tak kira
aku lebih tahu mana intan mana permata
biarlah aku bahagia dalam dakapannya.

i love you sayang.

judging

malam ni buat aku terpikir panjang.
siapakah kita sbg manusia ni menasihati orang?
adakah menasihat ni satu tanggung jawab,hak atau hanya semata2 ego kita sebagai manusia?
apa keprluan kita nak nasihat orang?
aku kadang terpikir.
orang cakap,betulkan diri dulu baru nasihat orang.sbb kalau macam tu makanya kita ni
hipokrit semata.
aku takut dituduh hipokrit.jauh sekali menjadi munafik.
sebaiknya diam di tempat aku berdiri,sedar mana kedudukan aku.
biar lambat asal masih atas landasan.

harap lah,

p/s: happy deppavali.


Saturday, October 22, 2011


wish you luck in every steps you take
you are more than a friend,my very best friend.
happy birthday.

Thursday, October 20, 2011

The Best Mamak Ever!!

aku percaya mesti ade sesetangah dari korang suka lepak kat mamak kan?
asal nak lepak je mesti nak lepak mamak.kenapa?
maybe sebab service dy tip top kot?tak pun kalau kita lepak mamak sampai pg pon takde sape nak marah.
bg aku and family kitorang memang hantu mamak.
pernah dulu sambut birthday aku pon kat mamak,pe citer?hahaha
kitorang memang banyak list kedai mamak sekitar gombak ngan selayang yg memang best2,tapi seriously tak boleh lawan kedai mamak yg satu ni.sbb makanan dy memang banyak,sedap and paling penting service dy tip top!
tak bole challenge dgn kedai apa2 pun kat Malaysia ni.
bayangkan la korang baru nak panas bontot dah sampai air,kalau makanan jgn cakap la.
kalau korang pandai,try la bodek2 uncle kat situ mesti dapat special treat punya!

di hadapan kedai mamak Deen di siang harinya-takde thrill. hehe

lihat lauk2nye yang mengiurkan dan ayam tersebut dijamin sentiasa
panas.kalau tak panas suruh je uncle tu masuk dalam microwave.hoho

A.Y.A.M dari jarak dekat..hehehe

bahagian roti canai dan capati yg sedaaap....

hoho..sedap kan nampak..tu la yg aku minat lepak mamak ni,semua makanan dy panas2
kalau hujan2 sejuk, bestnye la hai.
oke korang kalo nak lepak sini korang g la gombak. kat medan idaman and berdekatan dengan Ong Tai Kim..ala tanye la mak korang mesti tau punye sbb selalu shopping beli brang dapur kat sane.
okebaii.

pemetaan - Good luck fellas.









Saturday, October 8, 2011

Count On Me (for my besties)


Count on me by Victor and his good friend.
really reminds me of my special friends,really miss them.
i really2 do..

Tunas Ilham Exhibition

3hari lepas berakhir sudah Pameran Tunas Ilham yg ke 8.
bg yang tak tahu,Tunas Ilham ni adalah mandatory pada students Art And Design part 6 untuk pamerkan final artwork  mereka. dorang dah lalui 2 hari assessment dan semalam segalanya berakhir dengan pameran yg dirasmikan oleh Dato' Ambassador Gallery Seni Malaysia. Gempaklah bawak orang kenamaan dtg tgok pameran dorang.Pameran ini disertai oleh semua part6 dari 3 jabatan, Graphic,Fine Art dan Photography.
aku legar2 di pameran bersama Reen Assasino dan amik banyak gambar untuk research kitorang.

Reen Assasino bergambar dengan bunting
Tunas Ilham8

tajuk- Korupsi 

portrait yang menawan

animal lover - Fik Haron

tiada motif.(hehehe)

Tajuk - Melayu

Art craft yang dijula oleh rakan kelas.

Sticker from Diyana & kiwa - cutie!

Pabila bosan mendengar ucapan.

yang macam artis tu lecturer aku sumpah. hahaha


P/S : tiba-tiba rasa kecut pulak bila pikir nak amik major dicipline. perkara pertama yang singgah dalam kepala aku ialah "ape aku nak buat major next sem??" aku ada banyak masa untuk fikirkannya cuti sebulan ini. Hopefully.







Friday, October 7, 2011

Belanjawan 2012

The biggest secret revealed,

1. sekolah rendah ngn menengah dapat yuran free
2. RM100 bg setiap pelajar
3. pencen ngn gaji penjawat awam naik
4.bonus minimum RM500
5. usia bersara naik kepada 60tahun
6. kenaikan gred guru lebih cepat
6. RM500 utk family yg berpendapatan rendah
7. jaminan kwsp untuk daftar haji.

dan yang paling best,

voucar buku RM200 untuk student IPT

hehe.tak sia2 tunggu depan tv semalam jam 3.


Big Bad Wolf (The Biggest Book Sale!)


hey all the book lovers please take note,
The Big Bad Book Invasion has begun!!
more than 1.5 million books at unbelievable price and
purchase your favorite books at 75% t0 90% discount!

PETER PARKER: SPIDER-MAN (BACK IN BLACK)
Roberto Aguirre-Sacasa
original : RM 87.90
offer : RM 10
 

GUY RITCHIE'S GAMEKEEPER - Andy Diggle
original : RM 52.90
offer : RM 10
 

garb it before its too late! (RM10-each)

The CSI series graphic novel at unbelievable price! (RM10 -each)

The Angle garphic novel series (RM10-each)

Complete your collection for only RM3 each!
(30 days of night?ohmaygosh!!)

For those are  fans of anime manga ,narrative novel or graphic novels,
korang tolong lah lepak kat book sale ni sejam dua SEBAB,
there are more than 10 thousand volume of manga await you!
so korang tunggu apa lagi?ni la masa yg sesuai memenuhkan koleksi yg lopong2 dan meredakan 
keghairahan korang terhadap buku2!
tak payah bawak duit banyak2, i bet u RM50 is more than ENOUGH to bring back 2 big plastic bag
full with books! haha. bagi yg teringin nak lepak kat sini tapi tak tahu kat mana aku dah siapkan maps dan alamatnya sekali.kalau sesat sila bunuh diri!hehe.
have a great weekend!

DATE : 6 - 17 0CTOBER 2011
TIME : 9AM - 9PM
VENUE : HALL A MAEPS MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK, SERDANG

http://www.bigbadwolfbooks.com






Thursday, October 6, 2011

R.I.P Steve Jobs


hye guys.
dua hari lepas seperti yg korang tahu Apple telah melahirkan satu lagi gadget yg sexy iaitu iPhone 4s.tapi malangnye tarikh tu gak rupanya tarikh kematian pencipta dan tunggak utama Apple inc. iaitu Steve Jobs.
kalau  korang peminat barang2 Apple tp tak kenal mamat ni sila pergi bangunan tinggi2 dan terjun oke?
Steve Jobs disahkan meninggal dunia pada 5 october 2011 kerana menhidap penyakit kanser pancreas.
walaupun aku masih tak mampu memiliki satu pun barangan Apple, tp aku banyak baca pasal Steve Jobs ni

Steve Jobs bersama gadget terakhirnya iPhone 4s.
Bg aku, ia satu kehilangan besar sbb Steve adalah seorang yang boleh dianggap lagenda, genius dan bapak segala gadget. Pernah dulu Steve buat keputusan untuk meletak jawatan dr Apple inc dan keesokan harinya saham syarikat tu runtuh sebanyak 5%.so nampak sangat bertapa besarnya pengaruh Steve bukan sahaja dalam Apple inc ,tapi seluruh dunia terutama peminat barangan Apple.Berdasarkan apa aku baca Steve berada dalam pangkuan keluarganya sebelum dia menghembus nafasnya yg terakhir.

What a perfect moment to die peps.

Kematian Steve telah menjadikan keluarga dia sgt2 la kaya sebab Steve ni mempunyai aset sebanyak 5.426 unit juta saham dalam Apple,138 unit juta saham di Disney dan kalau dikira2 secara kasarnya kekayaan Steves hampir berjumlah AS$8.3 billion dan menjadikan Steve sebagai orang ke 42 terkaya didunia,wow!
tapi sayang,kekayaan Steve tak bawa apa2 makna sebab Steve ni memang banyak menderita penyakit kronik.korang bayangkan lah,selain ada canser pancreas dia gak ada penyakit tumor dan kompilasi hati.
tu pasal lepas je dia lancarkan ipad,badan dia nampak susut sangat dan rambut dia banyak yg hilang akibat menjalani proses kemoterapi.

Rupa Steve Jobs sejak dia sihat sehingga dia mula jatuh sakit.

Steves semasa pelancaran Mac Book air
yg merupakan kemuncak rekaan
Mac Book series.

Steve semasa pelancaran iPad

kalau korang perasan pakaian Steve ni semua sama kan?baju hitam dengan jeans. Tak kira la hari pelancaran ke,hari temuramah ke apa dia tetap pakai baju yang sama. Tak silap aku Steve ni memang peminat setia jeans Levi's. 


p/s : Mungkin dia dah terlalu kaya sampai tak tahu nak beli baju apa. Last2 pakai je baju yang sama secara tak langsung mencipta identiti tersendiri ,what a smart person Steve was.he is the man that not only change the world with his products,but he change the people too.

if u want to express ur condolences on the death of Steve Job, please email at rememberingsteve@apple.com


R.I.P Steves Jobs.




I want to go home

can i go home now?
to the place that i was loved and cherished.
the place that i could see a person that i miss the most.

can i go home now?
cuz im freaking sick and alone,
and the hurting become too much.

i just need to go home,
to sleep like a baby,
to get back in touch,

now im dying,
but no one hears me crying,
just let me go home,
please let me to do so.

so long melaka,



Tuesday, October 4, 2011

How Sucks To Be a Graphic Designer


for those have a better future,dont be a graphic designer.
haha.


credit to :BlogSerius

Chicken Chop at Bukit Cheras (western cafe)

tak silap aku dari aku kecik lagi aku selalu gak datang ke restaurant chicken chop yag terletak di
Bukit Cheras ni. Dulu sampai la sekarang makcu aku rajin sgt2 bawak kitorang makan sini. Family makcu aku jangan cakap la,da macam mcm makanan raji dorang pulak, sebabnya anak2 dia ni semua tak reti makan nasi,
patut la keding.

so,ape yang best nye restaurant ni iyelah,chicken chop nye sangat awesome.
sangat fresh dan tak hanyir. dan yg paling penting black pepper sauce dia adalah yg terbaik dan aku selalu buat ia menjadi soup nasi ayam. haha.
selain itu tak silap aku restaurant ni pernah menjadi location 'Jalan-jalan cari makan'
so bg aku da bagus sangat-sangat la tu,perfecto ye kawan2..hehe


Haa nampak tak replika 'jalan2 cari makan tu?'

ni adalah favorite aku iaitu Grilled Chicken with Black Pepper Sauce 

aku suggestkan korang order la grilled chicken atau pun beef steak dy,
mmg sedap wooo..kalau nak try pegilah kat bukit cheras kedai dy tepi jalan je. dekat dgn shop lot. and kalau tak silap kedai tu berhampiran dengan shell.ala kalo sesat korang tanye je orang2 kat situ dorang mesti tahu punye.
selamat mencuba! 

p/s : kalau korang bawak member yg tak makan western food jangan gatal pegi kedai ni,nasi goreng kampung memang takde la brader!


Scrummy Restaurant

kalau korang pernah jalan-jalan kat Rivercity jalan ipoh,
mesti korang pernah terserempak dengan restaurant Scrummy ni kan?
ala restauran yang funky gila warna pink2 tu la..
kalau korang Google nama Scrummy sampai tua memang takkan dapat maksud dy,
tapi mungkin aku bole simpulkan, 

SCRUMMY = scrumptious + yummy 
nama pun macam dah sedap kan?
aku pernah makan kat sini sekali dengan member baik aku.
kitorang memang suka gila cari tempat best untuk makan,walaupun mahal tp berbaloi,so why not?
restaurant ni bg aku design dy oke cumanya meja dy terlalu besar sampai tak cukup menampung org ramai time lunch hour. 


Scrummy Restaurant at River City jalan ipoh.

the interior design of Scrummy Restaurant. pinky,clean and funky.

ni la member aku fatihah,time ni aku order fettuccine carbonara
dy tukang rase je.(sgt sedap oke?)

actually aku pon tak sure restaurant ni konsep makanan dia ape,
tapi setakat yg aku tahu dia adalah restaurant fusion italian,western and some thais.(tp ada nasi lemak?)
kalau korang minat makan fusion food, dont feel hesitate to give a try.
Scrummy Restaurant, River City Ipoh Street.


 p/s: hiraukan kegemukan kami,ianya aset kamu tahu?





Happy world Teacher's Day


today is world teacher's day  people.
it doesnt cost u,
it doesnt waste a minute of your lifetime,
just to say THANK YOU
to your all teachers.

my success is your blessing, I would always be thankful to you.
happy teacher's day.



kenali Insomnia





Untuk pengatahuan korang aku mula tak tidur malam sejak aku darjah 6 lagi. masa tu nak UPSR, jadi aku stay up malam untuk study sampai pagi tapi peliknya aku jarang penat bila siangnya.tabiat ni aku teruskan bila aku menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. mungkin masa tu aku selalu rase paranoid dan takut kalau2 aku tak cukup study lagi.bila pergi sekolah je mata aku sembab dan semua org tengok aku tak bermaya sedangkan aku tak rase pape.selepas je hbs SPM aku ditawar belajar di Uitm dalam bidang Graphic Design lagi la aku susah nak tidur memandangkan tuntutan kerja yang memaksa aku berhadapan dengan screen laptop dengan lebih lama.

sekarang aku dah rase kesannya.
aku susah tidur,mata aku makin kabur,leher aku selalu kekejangan,aku makin pelupa dan yg paling teruk aku cepat rase depress atau bahasa mudahnya 'emo'.
aku yakin sgt korang pun pernah alami symptom mcm aku ni kan?
korang tahu tak,kurang tidur boleh memendekkan nyawa korg??
SERIOUSLY,
Insomnia menyebabkan korang mati 10% lagi awal dari manusia yg pola tidurnya sempurna.
oke,dont have to worry people. sebelum kita cari penawar bagi sesuatu penyakit,kita mesti tahu tentang penyakit tersebut.


Apa itu Insomnia?
Insomnia adalah sejenis penyakit ganguan tidur yg tidak normal atau menhadapi masalah untuk tidur.

Siapa yang menghadapi penyakit Insomnia?
sesiapa sahaja tak kira umur dan latar belakang keluarga mahupun kerjaya.

Anda menghadapi Insomnia,apabila...
1. Susah untuk MULA tidur. (symptom awal Insomnia)
2. MUDAH tidur tapi bila terjaga susah nak tidur balik (symptom kronik Insomnia)
3. MUDAH tidur,tapi setiap satu jam korang akan terjaga (symptom fragmented sleep)

kenapa Insomnia bahaya?
1. Menyebabkan migrain (sakit kepala yang kronik)
2. Menyebabkan ganguan emosi yang tak menentu (masalah psikatri)
2. Menyebabkan Skizofrenia
3. Pelupa walaupun mengingati benda2 mudah.
4. Boleh menyebabkan serangan jantung yg mengejut dan boleh membawa maut(tempoh lama)

Penyebab penyakit Insomnia
1. Masalah kemurunagan,sering berasa paranoid terhadap sekeliling.
2. Hypertension, rasa gusar,byk berfikir tentang masalah sebelum tidur.
3.Sejarah penyakit individu dan keluarga.
4. Tempat tidur yang tak selesa (bising,byk cahaya atau terlalu panas atau sejuk)
5. Masalah kesihatan lain yg mungkin disebabkan pengambilan ubat atas nasihat doktor.

Macam mana untuk pulih dari Insomnia?
1.Elakkan tidur siang yang lama. seelok2nya tidur tak lebih dari 2jam pada pukul 2 keatas.
2.Banyakan minum air kosong sebelum dan selepas tidur.
3. Jangan makan makanan berat dan tahap gula yang tinggi.
4. kurangkan pengmbilan kafien(kopi,nescafe) jika tak perlu.
5. Jangan atau kurangkan pengmbilan alkohol dan isap rokok.
6. Tangani stress dengan bijak.
7. Tarik nafas dalam2,dan hembus perlahaan. pastikan pernafasan dalam keadaan normal sebelum tidur.
8. Belajar untuk bertenang.
9. Makan makanan seimbang khususnya serat2.
10.Sedikit exercise sebelum tidur.
11. Jika korang seorang yang sangat gemarkan kopi sila kurangkan kadar kafien nya dgn mencampurkan   dgn  creamer.


Jadi harap korang fhm serba sedikit pasal insomnia ni.seperti yang mak aku sering ingatkan,
"Dik,Allah dah jadikan malam untuk berehat dan dekat dengannya,siang untuk bekerja.ikutlah  lumrah alam." 
kadang2 bila fikir balik memang betul apa yang mak cakap.Hidup ni kenalah ikut apa peraturannya.
kalau malam tu dijadikan untuk berehat,so rehatlah sebaiknya.kalau siang tu dijadikan untuk berkerja,so keluarlah cari rezeki yang halal. Allah dah siapkan tempat yg terbaik untuk kite hidup didalamnya.cuma kita je yang tak pandai guna.

umm.
dalam kes aku ni,mungkin tak boleh.
yela,satu assignment pun berjam2 nak siap.
eh silap,aku yg tak pandai manage masa. hehehe.
ye,ye apa mak cakap tu betul..

adios,




Restaurant Full House -Perfect Place for Kpop Fans!

Last few weeks masa aku keluar dgn member aku kitorang decide nak hangout kat Wangsa Walk yg terletak tak la jauh dari rumah aku. lepas jalan2 tu perut lapar mula la gagau nk cari tempat best nak makan. pikir punye pikir tiba-tiba budak2 ni (peminat setia kpop) tersebut nama Restaurant Full House!
what have to say?
the restaurant is fucking awesome!
dgn design luar dalam,makanan,finishing,menu,merchandise dn macam2 lagi la.
bila masuk je restauant ni perasaan berbelah bagi,mcm white house pon ade,mcm Korean cafe pun ye,
tp walau ape pun restaurant tu aku akan cakap PERFECT if the food is good.
and as for me,it is little bit less than perfect.


yg ni patung konon mascot bg restaurant ni la lebih kurang.
cutie!

kalau korang perasan mug dia macam jag and tak rase ke straw
dy cool gile ?

bersama rakan kelas yg kelaparan.

Carbonara yg sedap gile,tapi sape yg tak suke creamy
food,sila order makanan lain. hehe


interior design dalam restaurant Full House.All white,
best je layan mata sambil makan.

so korang tunggu ape lagi?bawa la family kawan2 datang Restaurant Full House ni.sgt menenangkan bila makan dalam restaurant yg cantik ni..tapi jgn lupa bwk camera,boleh snap2 ape2 yg cantik kat situ. owh, lupa Fullhouse juga ada jual mcm2 merchandise yg lawa and clothes yg ala korean style. Kpop gitu.
kalau korang nak tahu lebih lanjut g lepak kat website link kat bawah.

adios.

or tanye pakcik Google.

Bookxcess - better place for the bookworms

pernah dengar tak Bookxcess??
kalau korg orang yang kuat baca buku atau sedap sikit dipanggil - ulat buku,
apa kata korg try lepak kat bookstore ni sebab selama aku hidup ni lah bookstore yg plg AWESOME
pernah aku pergi. 
kenapa?
well,aku bg sebab2nye,
pertama : of course buku2 tersebut dijual dgn harga yg amat murah yakni serendah, RM1
kedua : buku tersebut berkualiti tinggi,bukan second hand,third hand atau sebagainya.
tak percaya?
mesti korg terpikir asal la murah sgt depa jual buku ni kan?
padahal bukan second hand pun?
Bookxcess - bookstore yg menjual buku2 yg terlebih cetak oleh established publisher.
bukan sebarang publisher ye,ESTABLISHED PUBLISHER people.
korang boleh bayangkan tak buku yg korang idam2 kan selama ni yg berharga beratus2 ringgit tp kat bookxcess,korg bole dapat dalam harga puluhan ringgit je. for exmple first buku aku beli 
'The Art of Clone Wars (star wars)' dr collin design dengan harga sebenar RM259 tp di Bookxcess dijual dgn harga RM69 sahaja..
oh my,is there any bookstore can offer u better than this?
kat bawah ni adalah senarai buku2 yg sgt bagus yg menjadi koleksi aku sepanjang 2 thn setengah menjadi pelanggan setia Bookxcess.

buku tersayang yg byk tolong assignment aku
original price RM 168 offer- RM59

himpunan sketches sekitar bandar Amsterdam yg sgt lawa.
original price-RM239 offer-RM19

original price-RM198 offer- RM59

buku pertamaku yg awesome gile! original price-RM259 offer- RM69

buku paling latest aku beli few weeks ago.rase puas
sgt lepak ngn buku ni.sbb design dlm d sgt WINRAR!



Takkan korang tak teruja lagi ke dengan bookstore ni kan?kalau korang kepingin nak lepak kat sana boleh la pegi kat Amcorp Mall Petaling Jaya tingkat tiga pastu korang cari la kedai buku yang bernama Bookxcess.

for more information sila la ke link di bawah,

Petknode - The Black Parade for Cats.

what the bloody hell Petknode is? well pada sape yang tak tahu PETKNODE adalah suatu kedai yg menempatkan kucing2 ataupun dipanggil cat boarding yg mengenakan caj untuk service penjagaan,makanan dan sebagainye.Dalam erti lain, hotel kucing la lebih kurang. so ape benda yang menyakitkan hati bile cerita pasal Petknode ni?

Kezaliman PETKNODE - pada musim raya bulan lepas ramai pet owner menghantar kucing kesayangan mereka di nursery ni. ramai yang tak menyangka Petknode ini rupanya indah khabar dari rupa. depan memang cantik tp kat belakang tak ubah mcm ladang khinzir. disitulah kucing2 yg bersih dr dosa ini ditinggalkan tanpa jagaan makan minum apatah lagi membersihkan najis2 mereka. mengikut sumber2 yg dipercayai, hampir 300 ekor kucing dikurung dan dizalimi sehingga ada yg kurus kering,dapat penyakit and worst, MATI dalam keadaan yg menyayat hati.

Antara kucing2 yg menjadi mangsa animal abused Petknode.

salah seekor kucing yang mati dan melekat di besi cage
(dipercayai baru sahaja dilahairkan)

Kucing kat jalanan pun tak sekurus ni.


selepas dua minggu ditinggalkan di pusat jagaan, passers by yg lalu di depan kedai Petknode ni terdengar rintihan kucing2 ini seolah2 meminta pertolongan. Dengan bantuan oarang ramai,dan juga pet owners mereka segera memecahkan pintu masuk kedai ini untuk menyelamatkan kucing mereka. keadaan pilu menyelubungi sekitar kedai apabila melihat 300 kucing yg diseksa hidup2 tanpa makanan,air dan sangkar yg selesa. 

pet owners dan volunteers yg berani memecah masuk permis
bg menyelamatkan kucing2 yg dikurung.

tak lama selepas kejadian tu para pencinta haiwan,pet owners dan juga persatuan yg berkenaan pergi ke balai dan membuat laporan polis, maka tertangkap la dua orang penyangak yg berlagak macam manusia tp sebenarnya perangai lagi haram dari binatang yg haram.

baguslah dua2 gomok masuk jail kurus la korang,stupid asshole!

jadi,nak salahkan sape?
pet owners cuma nak bagi yg terbaik pada kucing dorg. maksud aku sape je
menyangka semua ni akan terjadi pada kucing dorg?

well.
aku belum pernah menyamakan manusia jahil mcm ni sebagai "binatang"
sbb aku th binatang lagi bagus dr dorg.
binatang pon makhluk Allah yakni ade hak yg sama rata dengan manusia,
so be fair people. be fair.



p/s : people please Share this page with your friends so we have enough support to petition the government for tougher measures against animal abuse.